Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan. |
A |
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai
menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.
Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata
pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah
reda. |
B |
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan
membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia
dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan.
Kelemahannya, sangat mudah tersinggung. |
C |
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya
popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak
dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh. |
D |
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin
dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam
mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar
mempercayai orang lain. |
E |
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan
tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka
berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain
terluka. |
F |
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras
kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati
bila berbelanja. |
G |
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah
dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan
sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun. |
H |
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah
melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan
pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi. |
I |
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis. |
J |
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai
menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat
keputusan dan tidak tegas. |
K |
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri. |
L |
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan.
Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati
bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa. |
M |
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika
dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana
mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala. |
N |
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka
menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan.
Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri. |
O |
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan
serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya
sombong dan suka memilih teman. |
P |
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea
dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang
lain. Agak pendendam dan boros. |
Q |
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi. |
R |
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan
kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka
mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah. |
S |
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka
pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung
selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak. |
T |
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut
aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka
menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah. |
U |
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya
merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai
menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai. |
V |
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan
diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan
cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang. |
W |
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya
toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur,
tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan. |
X |
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial.
Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang
menyinggungnya. |
Y |
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai
menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang
baik. Tidak berani mengemukakan pendapat. |
Z |
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri. |
No comments:
Post a Comment